Blogger news

[x]

Tuesday, 9 September 2014

On 11:15 by Unknown in    No comments
~RESEPI PAGI SOSEJ ROLL ~



Ni lah hasil sosej roll selepas di potong dua.. Encik suami suka..

BAHAN-BAHANNYA :
5 batang sosej Ayamas
5 keping roti sandwich (guna Gardenia)
2 putih telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya ( guna serbuk roti bewarna kuning)
1 kuning telur
Sos kegemaran anda (guna sos cili + sedikit mayonnaise)

CARA MEMBUATNYA :

1.Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti dibuang sedikit bahagian tepi2nya. Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat hingga siap.

2.Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat. Buat hingga siap.

3.Celup sosej roll tadi dalam putih telur, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti.

Buat hingga siap. Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda....

# Jika anda suka salutan nipis, cukup sekadar mencelup sekali sahaja sosej roll tadi dalam adunan telur dan golekkan dalam serbuk roti.






Roti gardenia yg dah di buang kulit tepi dan dah di canai..





Putih telor..




Bread crumbs atau pun serbuk roti warna kuning..(PASTIKAN HALAL)


Bg yg tak tau apa itu serbuk roti, korang boleh carik kat pasaraya atau kedai2 yg ada jual.. dia ada 2 jenis tau (putih dan kuning ).. ambik yg kaler kuning..

Sosej yg dah di balut dgn roti di gam dgn kuning telor kemudian di celup dlm putih telor pastu di golek2 atas serbuk roti.. aku golek 2 kali seperti dlm resepi..


Hasilnya.. diorang tengah bersiap sedia utk mandi minyak panas.. hehehe


Goreng dlm minyak yg banyak dan api sederhana ye.. takyah masak lama2, mende ni kejap je dah masak..

Masa korang goreng sosej ni, korang kena fokus kat beliau aje tau.. jgn nak ngengada nak basuh pinggan ke hape ke. kang hangit kang baru tau.. so sila fokus..

N


Ni selepas di goreng dan sesudah di belah 2..
Selamat mencuba..!!

SUMBER

0 comments:

Post a Comment