Blogger news

[x]

Tuesday, 9 September 2014

On 20:30 by Unknown in    No comments


PEROGOL TAWAR UNTUK DIMANDULKAN | BOSTON – Seorang lelaki di Massachusetts, Amerika Syarikat yang dituduh merogol 13 kanak-kanak termasuk bayi baru lahir sanggup dimandulkan sebagai pertukaran untuk meringankan hukuman penjaranya.


John Burbine, 50, ditahan September tahun lalu, menghadapi 100 kesalahan jenayah berkaitan serangan seksual kanak-kanak berusia antara 8 hari hingga 3 tahun.


Peguam William Barabino berkata, perkara itu dicadangkan ketika perbicaraan dengan harapan hukuman anak guamnya dapat diringankan.


“Tertuduh tidak berupaya mengawal nafsu dan tingkah laku berorientasikan seks. Dia perlu mendapatkan rawatan dan anak guam saya bersetuju melakukan pembedahan jika dia diberi jaminan hukuman lebih ringan sebagai pertukaran,” katanya.

0 comments:

Post a Comment