Blogger news

[x]

Sunday, 7 September 2014

On 06:06 by Unknown in , ,    No comments
[PENTING]~PANTANG LARANG KAUM MELAYU, CINA & INDIA SEMASA HAMIL~WANITA
 PERLU TAHU~

 "bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang"



Pantang Larang Kaum Melayu, Cina & India Semasa Hamil 


Selalunya kan, kita tau pantang larang masyarakat Melayu semasa hamil... dan bagi orang perempuan memang biasa sangatlah dengar pantang larang ni dari mulut2 mak2 kita, makcik2 kita, nenek2 kita dan mereka yang telah berpengalaman dan veteran... Dan pantang larang turun temurun ni telah disampaikan dari satu generasi ke satu generasi... Dari dulu sampailah ke zaman sekarang ni... ye tak? Erks...ke x ye? 

PANTANG LARANG KAUM MELAYU
Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. 

Kebanyakannya adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai2 murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman. 
Antara pantang larang kaum Melayu semasa seseorang perempuan itu hamil adalah:
 1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
 2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana2 haiwan, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. 
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan. 
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. (Ibu mertua jer? Ibu sendiri? Apa2 pun memang x elok bergaduh dengan orang tua... Nauzubillahminzalik...Moga2 dijauhkan...) 
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya. 
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan. 
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur. 8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. 
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur... (erks...apakah yang dimaksudkan mata Garfield?) 
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat. 
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri. 
12. Dilarang tidur waktu tengah hari, nanti kepala anak akan menjadi besar. 
13. Dilarang potong haiwan nanti anak lahir x cukup anggota (terpotong2 macam haiwan tu?) 
14. Dilarang bunuh haiwan nanti anak bakal meninggal macam keadaan haiwan tu mati. 15. Dilarang keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu. 
16. Dilarang mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah. 
17. Dilarang duduk di tangga nanti bersalin susah. 
18. Dilarang siang ikan nanti anak sumbing. 
19. Dilarang tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar. Ada lagi ke? Those yang experience or siapa2 yang tahu...bolehlah tolong tambah ye... *_^ 

PANTANG LARANG KAUM CINA 
1. Dilarang makan daging arnab. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab. 
2. Dilarang makan daging anjing. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan suka menggigit orang, terutamanya semasa menyusui bayi. 
3. Dilarang makan daging ayam jantan, barulah bayi tidak menangis pada tengah malam. 4. Dilarang makan ketam, barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur.
5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti aiskrim, tembikai. Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi. 
6. Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku. Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan. 
7. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu. Ibu tidak mudah mengimbangi diri. 8. Dilarang tepuk bahu ibu, ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi. 
9. Dilarang menyidai baju. Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi. 
10. Dilarang menghadiri upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung. 

PANTANG LARANG KAUM INDIA 
Bagi masyarakat India, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang ibu yang hamil. 
1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam. 
2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. 
3. Dilarang melakukan perbuatan2 buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih haiwan dan sebagainya. 
4. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja2 yang berat. Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut2 mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut. 

*Perghhh...banyak betul pantang larang ek?
P/S: bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang

SUMBER

0 comments:

Post a Comment