Blogger news

[x]

Wednesday 17 September 2014

On 10:58 by Unknown in ,    No comments
[PANAS]3 FOTO ~Tak Sangka Raja Azmi Buka Cerita Pada Media – Eddie Ghazali~



Suami kepada Raja Azmi, Eddie Ghazali tidak menyangka isterinya akan membuka mulut kepada media mengenai keretakan rumah tangganya. Dengan ketenangan Eddie mengharungi kemelut ini. Bagi Eddie, setiap perkahwinan ada pasang surut dan boleh diselesaikan menerusi perbincangan. Ternyata Eddie sebagai seorang lelaki menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi dan tidak beremosi dalam membicarakan masalah rumah tangganya.

Raja Azmi sebelum ini membuat pengakuan yang hatinya telah tawar dengan perkahwinan mereka. 
Untuk makluman, mereka berdua telah bernikah pada 11 Oktober tahun lalu. 


Kata Eddie:- 


Memang ada masalah dalaman, tapi saya tak sangka pula dia akan buka cerita pada media. Saya akui ada masalah sikit sekarang, tapi biasalah mana-mana pasangan berkahwin pun akan hadapi pasang dan surut. Bagi saya masalah ini boleh diselesaikan melalui perbincangan antara kami.

Tak perlulah isu dalaman dibawa keluar dari rumah untuk tatapan umum sebab saya percaya krisis ini boleh diselesaikan secara baik. Apa yang kami lalui sekarang, biarlah kami sekeluarga sahaja selesaikan sebab hanya kami tahu hal sebenar berlaku.

Saya taknak ulas secara terperinci apa masalah sebenar kerana ia hal peribadi kami. Biarlah ia jadi rahsia kami sekeluarga saja. Sebagai suami saya mahu menyelamatkan rumah tangga kami dan berusaha memulihkan semula apa jua masalah yang timbul. Saya harap semua pihak menghormatinya.



Hmmm. Biasalah wanita memang emosi dan lebih gemar berkongsi mengenai masalah rumah tangga dengan orang ramai. Selaku seorang suami, kaum Adam harus tenang dan tidak cepat melatah. Kalau ikutkan emosi, pasti akan berakhir dengan penceraian. Namun diharap Eddie berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan perkahwinannya dengan Raja Azmi. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.


SUMBER

0 comments:

Post a Comment