Blogger news

[x]

Saturday, 6 September 2014

On 22:04 by Unknown in , ,    No comments
[NOW]~SELEPAS BEBERAPA TRAGEDI, KHALID IBRAHIM TERAJUI MAS..?~



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan calon terbaik untuk menerajui Malaysia Airlines (MAS) bagi memulihkan prestasi syarikat penerbangan itu, ulas penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub.
Katanya perlantikan Abdul Khalid dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan serta imej syarikat penerbangan terulung di Malaysia berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan beliau.
Mohamad Tawfik memetik kejayaan Abdul Khalid selama menjadi Menteri Besar yang antaranya pengambilalihan Guthrie Bhd oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 bilion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan program air 20 meter padu.
Mohammad Tawfik turut berpandangan bahawa perlantikan Abdul Khalid sebagai peneraju MAS itu nanti akan sedikit sebanyak mengubat hati rakyat Selangor dan Malaysia, selain membuktikan bahawa kerajaan Persekutuan mendahulukan kepentingan rakyat.
Astro AWANI ingin mendapatkan pandangan pembaca untuk menyertai undian online.
Layakkah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerajui Penerbangan Malaysia (MAS) bagi memulihkan prestasi syarikat penerbangan itu?

Layakkah Khalid Ibrahim terajui MAS?


SUMBER

0 comments:

Post a Comment