Blogger news

[x]

Tuesday 2 September 2014

On 22:25 by Unknown in , ,    No comments
[NOW]LAGI 4 FOTO MANGSA~3 LELAKI MAUT NAHAS DI DESA PINGGIRAN PUTRAJAYA-PICC~





SALAM TAKZIAH
RABU, 3 SEPTEMBER 2014 - 10:06AM



KEADAAN kereta yang berkecai selepas merempuh tiang elektrik dekat Desa Pinggiran Putrajaya, 7.30 pagi ini. Tiga dilaporkan maut manakala seorang lagi parah dalam nahas itu.

PUTRAJAYA: Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas dan merempuh sebatang tiang elektrik berhampiran Desa Pinggiran Putrajaya di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, semua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira itu sedang dalam perjalanan dari arah Dengkil ke Desa Pinggiran Putra sebelum terbabit kemalangan.




KEADAAN kereta yang berkecai selepas merempuh tiang elektrik dekat Desa Pinggiran Putrajaya, 7.30 pagi ini. Tiga dilaporkan maut manakala seorang lagi parah dalam nahas itu. 




Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan tiga mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.



Katanya, mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan kecemasan.

"Kesemua identiti mangsa sedang diteliti dan belum dikenal pasti," katanya.
Katanya, pihak bomba dan penyelamat bersama sebuah jentera dan tujuh anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7 pagi bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

#bagi ORANG LUAR YANG MELALUI KAWASAN INI, BERHATI2 LAH.. KETIKA HUJAN, ATAU PUN WAKTU MALAM.. TAK PERLU BAAWAK LAJU DISINI UNTUK MENGUJI KEHEBATAN KERETA MEWAH ANDA... SEBULAN 1 KALI PASTI ADA YANG MENJADI MANGSA.. *KAWASAN INI SANGAT KERAS..

0 comments:

Post a Comment