Blogger news

[x]

Saturday 13 September 2014

On 22:35 by Unknown in ,    No comments
[NGERI]13/9 3FOTO ~PESAWAT MAS MH198 SELAMAT MENDARAT DI KLIA~


Pesawat MAS MH198 Selamat Mendarat Di KLIA

TERKINI : Kapal terbang penerbangan MAS MH198 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Hyderanad, India mengalami saat-saat kecemasan apabila dilaporkan berlaku kebakaran kerana kebocoran minyak sebentar tadi. Bagaimanapun keadaan genting itu kembali tenang apabila Pesawat MAS MH198 selamat melakukan pendaratan cemas di Lapangan KLIA selepas berpatah balik .

Pesawat Boeing 737 bernombor MH198 itu mendarat kira-kira pada 2.01 pagi tadi.

Menurut kenyataan MAS pagi ini, kerosakan itu tidak memberi kesan kepada pesawat atau penumpang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kapten pesawat mengambil keputusan untuk berpatah balik. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.



Penumpang dan kru pesawat keluar dengan selamat sejurus tiba dan diberi penginapan di hotel berhampiran.



Penerbangan MH198 sudah dijadualkan semula sebagai MH198D dan akan berlepas pada 12 tengah hari nanti dan dijangka tiba di Hyderabad pada 1.35 petang waktu tempatan.


"Malaysia Airlines kesal dengan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang tetapi menegaskan keselamatan penumpang kekal keutamaan syarikat," menurut kenyataannya.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment