Blogger news

[x]

Monday, 22 September 2014

On 23:39 by Unknown in , ,    No comments

Jurugambar Dikecam Kerana Salah Taip | Seorang jurugambar tidak menyangka gambar pasangan pengantin bergambar bersama seekor kuda yang pada mulanya bertujuan mahu mempromosikan perniagaan menjadi viral di laman sosial gara-gara tersalah taip.

Perkataan untuk sesi fotografi tersilap ditulis sebagai untuk sesi pornografi hingga mencetuskan pelbagai spekulasi para pengguna laman sosial dan pelanggannya.

Jurugambar berkenaan yang tidak mahu dikenali tidak menyedari kesilapan ejaan itu sehinggalah ditegur beberapa rakan mengenainya dan segera memadamnya tidak lama kemudian.


Kesilapan berlaku kira-kira jam jam 12 tengah malam kelmarin ketika dia sibuk berkongsi gambar pasangan pengantin yang diambilnya bersama seekor kuda dengan tujuan mempromosi perniagaan tetapi tidak memeriksa perkataan ditulis pada gambar berkenaan.

“Selepas lima minit gambar itu dimuat naik dan disiarkan dalam laman Facebook, beberapa rakan dalam laman sosial menegur saya terhadap perkataan ditulis dan saya segera memeriksanya dan terkejut apabila menyedari kesilapan dilakukan.

“Saya segera menukar perkataan itu tetapi tidak menyangka ada pihak sempat membuat ‘print screen’ gambar itu serta menyebarkannya di laman sosial hari ini (semalam),” katanya.

Dia sememangnya tidak berniat berbuat demikian malah melakukan perniagaan perkhidmatan gambar pornografi kerana masih waras dan apa yang berlaku disebabkan kesilapan menaip perkataan.

0 comments:

Post a Comment