Blogger news

[x]

Tuesday, 23 September 2014

On 07:33 by Unknown in , , ,    No comments
[INFO] ~KISAH PENANGAN KOPI PACAK..KISAH BENAR ─ PAKAR SAKIT PUAN~ 






Kuala Lumpur: “Ramai orang tak tahu punca mati pucuk. Mana ada kopi yang boleh buat alat sulit menjadi kuat. Ia mengandungi bahan-bahan terlarang sehingga boleh mengakibatkan maut,” kata Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby.

Menurutnya, ramai rakyat di negara ini tidak mengetahui kelemahan tenaga batin turut berpunca daripada jantung dan beberapa anggota badan lain.

“Ramai hanya mendengar cakap orang lain yang kata kopi itu bagus untuk tenaga batin dan sebagainya, tapi dia tak tahu dia mati pucuk atau lemah sebab apa. Dia tak tahu dia ada sakit jantung atau tidak. Sebab itu boleh jadi kematian.

“Kalau orang tu ada sakit jantung, dan dia terminum kandungan berbahaya seperti ini, ia boleh menyebabkan jantung tidak dapat dipam, sebab itu dia akan termengah-mengah dan sesak nafas,” katanya ketika dihubungi.

Semalam muka depan Harian Metro melaporkan, seorang lelaki meninggal dunia dipercayai ada kaitan dengan kopi jantan tradisional yang diambilnya beberapa jam sebelum itu.

Isteri mangsa berkata, suaminya yang berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia jam 4 pagi Ahad lalu selepas minum segelas kopi yang dibeli di kedai runcit di Subang, Selangor dengan harga RM5.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment