Thursday, 11 September 2014
[INFO] ILMU ~KENAPA DITEGAH MEMANASKAN ENJIN KENDERAAN AWAL PAGI~ BAHAYA~
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara.
Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itu mesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain style Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.
DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.
Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.
Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Total Pageviews
Popular Posts
- [DOA] HILANGKAN KESAKITAN KETIKA SEDANG MENGALAMI SAKIT SENGGUGUT, HAID TIDAK TERATUR~[INFO LENGKAP]~
- ~Untuk Wanita: 20 Tips Membuatkan Lelaki Geram Kepada Anda~
- ~[HOT] 4 GADIS MELAYU RATU CANTIK MISS MALAYSIA WORLD 2013 YANG BAGHAL~
- [VIDEO]~BERSAMA KETIKA HAMIL BAHAYA..?? ~SUAMI ISTERI~ TLG aMBIL tAHU..INFO PADAT
- ~Kisah Malam Pertama Sepasang Pengantin Remaja Yang Soleh Dan Solehah!!~ TerBEST..
- SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU [40 FOTO]
- ~SENARAI HOTEL BERHANTU DI MALAYSIA~
- 19 Koleksi Gambar Panas Artis Popular (19 GAMBAR)
Recent Posts
Categories
Info Adam
Info Artis
Info Cool
Info Dunia
Info Fakta
Info Gila
Info Hawa
Info Jenayah
Info Keagamaan
Info Kesihatan
Info Lawak
Info Luar Negara
Info Lucu
Info Negara
Info Ngeri
Info Panas
Info Pasangan
Info Pelik
Info Petua
Info Politik
Info Resepi
Info Sedih
Info Semasa
Info Seram
Info Setempat
Info Suami Isteri
Info Sukan
MH 17
MH 370
Seram
World Cup 2014
Blog Archive
-
▼
2014
(2448)
-
▼
September
(798)
- [JAHANAM] FOTO~VIDEO AKSI JAHANAM DUA BERADIK DI B...
- [SEDIH] ~LULUH HATI LIHAT ANAK KAKU KEBIRUAN DI TA...
- Akibat Tak Tutup Aurat Di Facebook, Roh Gadis Tida...
- TREND TERBARU AMBIL GAMBAR SEMASA TIDUR YANG HANGA...
- KISAH BENAR "DIHAMILKAN ANAK KANDUNG SENDIRI"
- SUNGGUH KEJAM!!! "CERITA SEBENAR IBU PUKUL ANAK SA...
- PUNCA KONSERT AKADEMI FANTASIA MINGGU 4 BUAT RAMAI...
- KEWUJUDAN TIKUS BESAR DI MALAYSIA CETUS PERSOALAN???
- [SADIS] NGERI FOTO ~DIBELASAH DAN DIBAKAR HIDUP2 K...
- [PELIK] 3 FOTO ~KISAH SEBENAR TRAGEDI GADIS 16 TAH...
- [PERINGATAN] 10 FOTO~GAYA HOTZ WANITA BERTUDUNG YG...
- [BAGHAL] FOTO~BANGSA YANG TAK RETI MALU~
- [BAGHAL] 2FOTO ~REMAJA TAK SABAR..
- [GEMPAR] 11 FOTO GRAND~SIAPA ISTERI PELAKON HEBAT ...
- [PANAS] ~13 FOTO HOTZ TERKINI PELAKON ZUL ARIFFIN ...
- [SEDIH] 6 FOTO ~WANITA TERPAKSA HIDUP MERANA~
- [BANGSAT] VIDEO ~SI BANGSAT POLIS, RELA, JPAM ROKE...
- Polis dedah gambar suspek godam ATM
- Putus kepala dibaham buaya
- TIKUS DITEMUI DI CELAH SAYUR DI AEON BIG, MID VALLEY
- AKHIRNYA ! Pendedahan berani mati Nani pasti akan ...
- [TERBAIK] ~4 FOTO HOT ~AWEK CUN DI BANDAR KECIL BR...
- 8 Tips keibubapaan Yang Pelik Tapi Memang Genius!
- 5 Orang ini mengaku dirinya Tuhan. Anda akan terke...
- 15 gambar kanak-kanak yang akan memberikan anda mi...
- Boleh anda Kenal Siapa mereka ni? 6 gambar selebri...
- [PANAS] 4 FOTO ~PASANGAN INI TAK SEDAR AKSI BEROME...
- [PANAS] 5 FOTO KANTOI SCREENCAPT ~UMPAMA BELANGKAS...
- [NGERI] ~3 FOTO ~KISAH SEBENAR IBU PUKUL ANAK SAMP...
- [INFO] ~ MENGAPA MANDI AIR SUAM TIDAK DIGALAKKAN? ...
- [GILA] ~"KAPAL TERBANG 'BERAK' ATAS KAMI"
- [GEMPAR] 2FOTO~BAPA JADI BIDAN DI TEPI LEBUHRAYA E...
- [TERNOW] FOTO SCREENCAPT ~KISAH KPN HANGIN DENGAN ...
- 7 Gambar Bekas Adik ipar Fiza Elite, Fyza Kadir Ya...
- Lelaki Digoda Bakal Adik Ipar Tapi Tidak Berjaya
- Gambar Terlampau Polis Wanita Tersebar
- Video Report " Polis Rogol Wanita Baru Habis Panta...
- PEMILIK KERETA BESAR TAPI OTAK KECIL
- GAMBAR: Cucu Datuk Jamil Sulong Yang CUN Melecun
- Kisah awek Baju Kuning Yang Menggoda
- [Kejam] Pelajar Panggang Hamster Di Parti Liar
- Gambar-Gambar Anggota Polis Ditangkap Ketika Berz1...
- GURAUAN LUCAH SUAMI MEMBAWA PADAH
- TREND TAYAR KANGKANG MEMBAWA PADAH
- VIDEO PENCURI TELEFON DIPUKUL SAMPAI MATI !!!
- [PANAS] FOTO SCREENCAPT BUKTI ~MANGSA DEDAH CERITA...
- [TERBAIK] ~PERKHIDMATAN GOOGLE STREET VIEW KINI BO...
- [SEDIH] NGERI FOTO ~PUNCA SEBENAR BUDAK 11TAHUN JA...
- [VIDEO GILA] NGERI ~PENCURI TELEFON BIMBIT DIBELAS...
- [PANAS] 3FOTO ~FESYEN KANGKANG TAYAR KERETA SUDAH ...
- [FOTO] ~4 FOTO KAHWIN PENYANYI KONTROVERSI ,FIFFY ...
- [INFO KANTOI] ~ISIS KEJAM?? BUKTI KANTOI..
- [PANAS] ~KISAH LELAKI DIGODA BAKAL ADIK IPAR CUN, ...
- [SETAN] ~SUAMI SETAN TAWAR BODY ISTERI UNTUK DISEW...
- [GILA] FOTO ~PENCURI KERETA HISAP PUTING DIBURU PO...
- SUBHANALLAH, KALIMAH ALLAH TERSELAMAT DALAM KEBAKARAN
- Fesyen Pelik Tudung Nora Danish Terima Kecaman Mel...
- SUNGGUH PELIK, KUIL TEMPAT BERDOA UNTUK MENGUATKAN...
- GAMBAR PERTARUNGAN GAJAH DENGAN BADAK
- [HEBAT] 6 FOTO~PD MUSIM BUNGA SETIAP TAHUN,TAMAN I...
- [RARE] ~NOMBOR PLAT PALING LANGSI DI MALAYSIA~
- [PANAS] ~SAYA MEMANG SAYANGKANNYA SEBAB...... - LU...
- [PANAS] ~LELAKI DIGODA BAKAL ADIK IPAR CUN, TAPI T...
- [GILA] 2 FOTO SCREENCAPT~FOTO TIKUS TERBESAR TERTA...
- [TERNOW] 4 FOTO ~SEKALI LAGI PEKAN KAJANG DI LANDA...
- [TERNOW] NGERI ~ 12 FOTO : RIBUT KUAT MELANDA SEKI...
- [PANAS] ~8 FOTO CARA KREATIF SINDIR YB MAKAN GAJI ...
- [PANAS] FOTO ~ARTIS MALAYSIA BERPESTA LIAR & HISAP...
- [PANAS] ~KISAH FOTO BOLENG ANGGOTA POLIS YANG DI M...
- [HOT] 4 FOTO ~ANZALNA NASIR MUATNAIK FOTO SPENDER ...
- [SEDIH+NGERI] 4FOTO ~TUBUH WANITA HAMIL BERKECAI D...
- [SADIS] ~DIPUKUL, DIPIJAK SUAMI KERANA SIBUK JUAL ...
- SUAMI SANGGUP BIAR ISTERI JUAL TUBUH MELACUR RM50 ...
- DISEBABKAN ISTERI KUAT MEMBEBEL, SUAMI TIDUR ATAS ...
- Fesyen Pelik Anzalna Nasir Terbelah Paras Peha
- Punggung Bayi Melecur Didera Pengasuh
- PEMINAT BIKIN PANAS "RITA RUDAINI MENGAMUK LAGI DI...
- [FOTO RARE] ~FOTO NEELOFA BAWA BABY PILIH PERABOT ...
- [PANAS] WAJIB BACA.!! PERISTIWA HITAM DI R&R TAPAH~
- [MELETOP] ~FOTO SEKITAR PERTUNANGAN SARIMAH IBRAHI...
- [PANAS] ~HENTI SEBAR GAMBAR BOGEL KONSTABEL POLIS ...
- [COMEL] ~FOTO KEMBAR PELAKON HANIS ZALIKHA YANG CU...
- [SADIS] ~PUNCA SEBENAR LELAKI DIBAHAM DI ZOO TERJA...
- [HOT] ~6 FOTO SEKSI IZARA AISHAH SAMBUT HARI JADI ...
- GAMBAR AKSI MELAMPAU PASANGAN KEKASIH DI RESTORAN
- PENSYARAH HANTAR GAMBAR BOGEL KEKASIH DI PENJARA
- BERHATI-HATI, APLIKASI iPHONE BOGELKAN WANITA!!!
- ISU GAMBAR SEPARUH BOGEL ANGGOTA POLIS WANITA
- Azmin Bersama Keluarga Di Istana Alam Shah
- 7 gambar terkini Ramona Zamzam, skandal Dazrin Kam...
- GEMPAR! jerung purba GOBLIN shark! di temui !!
- TATU DI PAYUDARA TUNANG KEITH FOO CETUS KONTROVERSI
- Gambar sekitar pertunangan Sarimah Ibrahim dan Tun...
- 9 Gambar Artis Filipina Donnalyn Bartolome Yang Su...
- Gempar!!! Gadis Dirogol 5 Pencegah Maksiat???
- DIPUKUL, DIPIJAK SUAMI KERANA SIBUK JUAL TUDUNG
- GAMBAR : 2 LELAKI DITANGKAP SEDANG LAPAH LEMBU CURI
- PERKARA PELIK YANG HANYA DI NEGARA CHINA
- GAMBAR PHOTOBOMB OLEH HAIWAN YANG MELUCUKAN
- GAMBAR-GAMBAR SITUASI YANG PASTI KESUDAHANNYA MENG...
-
▼
September
(798)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment