Blogger news

[x]

Thursday, 11 September 2014

On 06:40 by Unknown in , ,    No comments
 [INFO BERGUNA] ~KELEBIHAN MANDI 
SEBELUM SUBUH~


Tahukah anda, bangun dan mandi sebelum subuh adalah tips terbaik untuk menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya banyak riwayat hadis yang menyebutkan bahawa mandi sebelum subuh boleh menyihatkan badan. Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh kerana terdapat hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran bagi melaksanakan solat sunat dan solat Subuh secara berjemaah.

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi berbanding waktu-waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah ia juga memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan.

Antara kelebihan-kelebihan mandi sebelum subuh :


1: Kulit lebih lembut dan halus:
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2: Melancarkan peredaran darah:
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3: Meningkatkan kesuburan:
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4: Mengurangkan risiko darah tinggi:
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5: Mengurangkan tekanan serta tenang:
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6: Meningkatkan sel darah putih:

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
p/s - Selamat beramal dan jangan lupa sharing is caring.


SUMBER infokni

0 comments:

Post a Comment