Blogger news

[x]

Sunday 14 September 2014

On 10:05 by Unknown in ,    No comments
[FOTO] ~Seungri Big Bang Pula Terlibat Kemalangan Selepas Dua Ahli Kumpulan Ladies Code Terkorban~





Seungri Big Bang Pula Terlibat Kemalangan

Selepas kemalangan ngeri yang mengorbankan dua ahli kumpulan Ladies Code, Rise dan EunB, berlaku satu lagi kemalangan yang melibatkan artis K-Pop.

Kali ini anggota kumpulan Big Bang iaitu, Seungri pula terlibat dalam kemalangan.

Kejadian malang tersebut berlaku pada awal pagi Jumaat minggu lalu ketika Seungri memandu kereta jenis Porsche miliknya di lebuh raya Gangbyeon di Dongbu Ichon-dong, Seoul.

Menurut laporan Korea Herald, kira-kira jam 3 pagi kereta yang dipandu Seungri telah berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Mercedez Benz.



Seungri ketika itu dalam dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pertunjukkan fesyen di Gangnam.

Dalam kejadian tersebut, kereta milik penyanyi itu berpusing sebelum terbalik dan melanggar pembahagi jalan akibat rempuhan kuat.

Bagaimanapun Seungri dan pemilik kereta Mercedez Benz itu bernasib baik kerana terselamat daripada kejadian itu dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pihak polis turut mengesahkan kejadian itu bukan berpunca daripada pengaruh alkohol namun pihak berkuasa sedang melakukan siasatan lanjut.

SUMBER




0 comments:

Post a Comment