Blogger news

[x]

Monday, 8 September 2014

On 05:02 by Unknown in ,    No comments
~DOA BENTENG SANTAU/SANTAU ANGIN/SANTAU TUJU ~



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Penulis mengucapkan kepada semua pembaca blog ini "Selamat Menyambut Tahun Baru 2014" semuga tahun baru ini dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki banyak yang halal dan diberkati Allah SWT. Semoga pembaca-pembaca blog ini dirahmati Allah SWT dalam suasana iklim Malaysia yang mencabar dengan kenaikan harga barang-barang, tol dan lain-lain kenaikan yang membebankan rakyat Malaysia. Semuga dipermudahkan dalam semua urusan.


Satu doa yang baik dikongsi bersama-sama dan sebarkan kepada yang lain berkenaan Doa ini. Kes-kes kena santau biasa kita dengar. Ada yang terkena semasa makan di restoran, ditempat rehat, tempat kerja dan sebagainya.

APA ITU SANTAU ANGIN?

Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau yang mengandungi bahan tajam dan halus yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau ke dalam paru-paru yang lembab dan dengan itu mampu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Jika dengan keizinan Allah Azza Wajalla dapat menghindarkan kita dari perkara buruk ini.

Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi. Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan moden kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada melalui X-ray maupun ultrasound.

Doa yang baik diamalkan sebelum keluar rumah, berada di restoran makanan ditempat yang disyaki pernah banyak berlaku kes-kes santau terutama di hentian rehat.

Mulakan dengan selawat 3x, baca Bismillah dan bacalah doa ini dan insha Allah dipeliharaNya dengan sebaik-baikNya.




Waqadimna ila maAAamiloo min AAamalin fajaAAalnahu habaan manthoora

Terjemahannya:

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.


SUMBER

0 comments:

Post a Comment