Blogger news

[x]

Friday, 5 September 2014

On 11:45 by Unknown in    No comments

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun nyaris maut apabila diaterperangkap dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Pasadena, Amerika Syarikat, semalam.

Kanak-kanak itu berada dalam mesin yang berpusing pada kelajuan tinggi selama beberapa minit sebelum disedari seorang lelaki. “Mesin berkenaan berpusing laju dan dia berada di dalamnya. Mujur ada orang yang melihatnya. Mulanya dia menyangka ia baju atau sesuatu kerana ia bergerak terlalu laju,” kata jurucakap polis, Van Mitchell.

Beberapa minit sebelum itu, seorang wanita cuba menggunakan mesin berkenaan, tetapi memaklumkan kepada pengurus mesin itu tidak boleh digunakan.

Polis tidak pasti bagaimana kanak-kanak itu boleh memasuki mesin berkenaan dan terperangkap di dalamnya. Mangsa cedera teruk tetapi selamat dan kini dirawat di hospital di Texas. -AFP

0 comments:

Post a Comment