Blogger news

[x]

Tuesday, 23 September 2014

On 10:27 by Unknown in ,    No comments
[BAPAK SETAN] ~TUJUH TAHUN MANGSA ROKET BAPAK TIRI~



TEMERLOH – Seorang penjawat awam di reman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rogol anak tiri sejak tujuh tahun lalu.

Penjawat awam berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di rumahnya di Kampung Batu 4 ½ jalan Maran kira-kira jam 1 pagi semalam.

Lelaki terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh semalam untuk perintah reman kira-kira jam 10 pagi dan perintah untuk tahanan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu dibuat di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Norita Mohd Noh.

Berdasarkan laporan polis dibuat mangsa, mangsa mendakwa dirogol bapa tirinya sejak berumur lima tahun iaitu sekitar 2007.

Mangsa diberi amaran oleh suspek untuk tidak memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa namun perkara tersebut diketahui juga oleh ibunya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis petang kelmarin hingga menyebabkan tangkapan dibuat ke atas suspek untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.



SUMBER

0 comments:

Post a Comment