Blogger news

[x]

Wednesday, 24 September 2014


[BAGHAL] 9 FOTO KANTOI~PIL GUGUR KANDUNGAN KINI DIJUAL SECARA BERLELUASA DI FB?~



Sebenarnya banyak kegiatan haram dilakukan menerusi media sosial popular Facebook. Pada suatu ketika dahulu Siakapkeli ada membongkarkan beberapa orang pelacur yang mencari pelanggan menerusi Facebook. Kali ini kami dikejutkan dengan penjualan Pil Gugur Kandungan juga di Facebook.

Berikut adalah antara beberapa produk pil gugur yang dipromosikan:






Biodata admin bagi Facebook Pil Gugur Kandungan berkenaan dikenali sebagai Doktor Zul.




Lebih membimbangkan apabila status-status yang dimuatnaikkan itu seakan-akan memujuk orang ramai untuk rasa tidak bersalah apabila menggugurkan kandungan mereka.







Lagi terdapat beberapa komen yang menunjukkan beberapa pihak yang berminat untuk membelinya.



Bagaimanapun aktiviti perniagaan ini turut mendapat kritikan dan tidak setuju oleh para pengguna laman sosial kerana penjualan pil gugur dengan cara ini adalah satu jenayah.




Dari sudut perundangan Malaysia, menggugurkan bayi adalah satu jenayah kecuali jika doktor mengesahkan ia perlu dilakukan jika mengundang risiko kepada si ibu.

Mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan, individu yang melakukan pengguguran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Manakala jika janin yang digugurkan sudah bersifat, maka pelakunya boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Selain itu tindakan menjual pil gugur secara berleluasa seperti ini ibarat menggalakkan seks bebas. Mungkin perasaan takut jika menggandung adalah satu halangan kepada sesetengah anak muda generasi kini untuk tidak mengamalkan seks bebas.

Bagaimanapun diharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap individu yang menjual pil-pil seperti ini secara berleluasa dan terbuka supaya dapat membendung kes-kes tidak bermoral dalam masyarakat kita.

SUMBER

#JAUHI ZINA..










0 comments:

Post a Comment