Blogger news

[x]

Saturday, 27 September 2014

On 09:30 by Unknown in , ,    No comments

Justin Bieber mungkin terpaksa dibedah selepas gegendang telinganya mengalami kecederaan.
Bintang pop berusia 20 tahun itu mungkin perlu menjalani pembedahan untuk memulih tisu telinga yang koyak selepas melakukan aksi terjun dari tebing yang dikenali sebagai ‘tombstoning.’

Dalam kenyataan menerusi akaun Twitternya, Bieber menulis: “Gegendang telinga pecah akibat terjun tebing. Doktor menasihati supaya menjalani pembedahan.”

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Baby’ dan baru-baru ini berbaik semula dengan bekas kekasihnya Selena Gomez berkata, kecederaan itu mungkin melambatkan penerbitan album barunya tetapi yakin ia tidak akan menjejaskan kariernya dalam jangka masa panjang.

“Masalah ini mungkin mengganggu sedikit namun saya akan tetap menghasilkan lagu baru untuk peminat,” katanya.

Sementara itu, Bieber yang selalu menimbulkan kontroversi dikatakan berusaha memulihkan imejnya, termasuk tidak lagi minum arak.


Menurut sumber, Justin begitu teruja memberitahu rakan-rakannya mengenai gaya hidup sihat yang dijalani sekarang.

“Dia tidak lagi minum arak dan berhenti makan makanan tidak sihat. Dia memang menghadapi masalah beberapa bulan lalu dan berharap ini akan membantunya pulih kembali,” kata sumber itu. – Agensi / Harian Metro

0 comments:

Post a Comment