Blogger news

[x]

Wednesday, 10 September 2014

On 06:48 by Unknown in    No comments
Assalamualaikum W.B.T!
Sebenarnya, ada seorang member dapat informasi ni..
Dia sangat excited dan nak sangat Mazeer post kat dalam blog Mazeer yang tak seberapa ni..
"Saya kan pembaca setia blog kamu! Terima la permintaan saya ni!"
Mazeer tunaikan je la permintaan dia.. Tak susah mana pun..
At least, meriah lagi blog Mazeer ni!
Yang penting, kita Enjoy!




Okay! Mari kita mulakan! "10 Tempat Paling Kebal Di Dunia!" maksud dia tempat ni memang sangat kebal! Kebal! Macam kereta kebal! Kalo kita simpan apa-apa benda pun, semua confirm selamat!
Betul ke? Betul la! Tak percaya ke? Percaya la!
Okay, jika anda memiliki sesuatu yang penting.. Di mana agaknya anda simpan?
Dalam almari? Dalam peti besi? Dalam peti sejuk? Dalam microwave? Dalam toilet?
Wow! Sangat kebal! Memang takde yang akan dapat tembusi tu!
Ha! Ha! Ha! Ha!
Kalo semua berkaitan rahsia negara? Takkan nak letak dalam peti besi je kan?
Kena letak dalam tempat yang sangat secure!


Okay, semua yang akan saya tunjukkan kat bawah ni merupakan 10 tempat yang paling selamat berdasarkan lokasi, feng shui dan tahap keselamatannya!


1. London Tower!
Tempat ini adalah sebuah bangunan kuno yang terletak diEngland. Dahulunya, bangunan ini adalah kediaman keluarga diraja England sebelum akhirnya berpindah ke istanaBuckingham. Di dalam bangunan ini tersimpan banyak peninggalan pusaka kerajaan inggeris, seperti mahkota emasSt. Edward, mahkota Kohinoor milik ratu Eliztbeth dengan berlian seberat 109 karat dan tongkat kerajaan dengan “bintang dari Afrika”, berlian asahan terbesar di dunia, semuanya disimpan dalam bangunan rahsia dibawah tanah yang dilapisi plat keluli. Ditambah dengan kawalan sangat ketat dari tentera yang selalu menjaga tempat ini.


2. Sealand!
Bangunan ini sebenarnya adalah bekas benteng pertahanan udara England semasa perang dunia. Ianya terletak 10 km di lepas pantai Suffolk, England. Sealandmerupakan daerah istimewa yang diketuai oleh seorang raja, bahkan ada yang menyebut bahawa sealand adalah negara terkecil di dunia. Lokasinya yang jauh dari pemukiman ditambah dengan kawalan oleh tenteraEngland (lokasi sealand di dalam jajahan England) membuatkan lokasi ini menjadi tempat menyimpanan yang selamat. Bahkan syarikat penyimpanan data terkenalHaven Co dipercayai menempatkan data simpanannya di tempat ini.


3. Granite Bunker!
Granit bunker adalah sebuah bunker penyimpan data yang terletak di Salt Lake City, Utah Amerika syarikat. Bunker ini dijadikan sebagai tempat penyimpanan data penduduk oleh pemerintah Amerika syarikat. Bunker ini boleh dikatakan adalah bunker paling selamat, kerana terletak di 200 meter di bawah gunung granit. Pintunya adalah logam seberat 12 ton, maka mustahil untuk dapat menceroboh. Kawalan keselamatan yang dikenakan juga sangat ketat dan hanya golongan tertentu dapat memasukinya.




4. Norad Central!
Norad central adalah sistem pertahanan angkatan udaraAmerika. Sistem pertahanan ini berupa gua seluas 18 000 m2, sedalam 600 m dibawah batu kapur besar. Ruangan terbesar seluas 14 x 180 m dengan tinggi 18 m dengan 2 gerbang logam seberat 25 ton sebagai pintu masuk. Masih ada lagi 15 ruangan bawah tanah, sebahagiannya 3 tingkat. Gedung-gedung di dalam norad ini dilindungi oleh 1.319 plat keluli masing-masing seberat 450 Kg. Memang amat mustahil untuk dipecahkan. Menurut sumber, gegaran gempa bumi juga tidak mampu untuk memecahkan dinding Norad ini.




5. Bold Lane Parksafe!
Inilah tempat penyimpanan kereta paling selamat di dunia. Bold lane Parksafe bukanlah tempat parking biasa, tetapi sangat luar biasa. Kerana di setiap sisi terdapat ratusan kamera CCTV,ditambah lagi dengan ratusan alat sensor gerak yang sangat sensitif. Jika ada tanda yang sedikit mencurigakan, maka petugas keselamatan Bold lane Parksafe yang sudah terlatih akan terus menyiasat keadaan. Keselamatan kereta anda terjamin sepenuhnya.



6. Fort Knox!
Fort Knox adalah gudang jongkong emas Amerika Syarikat yang terletak dikawasan ketenteraan Kentucky, AS, dan dijaga oleh ratusan tentera. Di dalam gudang ini tersimpan ribuan jongkong emas dan dokumen berharga, salah satunya adalah naskah salinan asli piagam Magna Charta. Gudang ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang sangat ketat, pintu masuknya adalah keluli dengan berat 20 ton, sedangkan pintu utama gudang dilengkapi dengan sistem keselamatan kombinasi angka dimana hanya beberapa orang sahaja yang mengetahuinya. Tentera berjaga setiap masa.




7. Area 51!
Area 51 adalah salah satu area paling tertutup di dunia,area ini sangat dijaga ketat oleh tentera amerika. Kawasan ini ditiupkan dengan cerita-cerita berkaitan dengan UFO.Di sini, Amerika Syarikat mengembangkan teknologi pesawat tempur yang canggih, dan banyak dokumen ketenteraan AS yang disimpan di sini. Tidak hairan jika kawasan yang berada di daerah gurun Nevada ini menjadi salah satu tempat terselamat di dunia. Memang amat sukar untuk mencerobohi area ini. Sebarang perkara yang mencurigakan akan membawa maut pada mereka yang disyaki menceroboh.


8. Data Fortress!

Data fortress adalah bunker simpanan data yang terletak di pergunungan Alps Swiss. Bunker ini adalah bunker penyimpanan data milik perusahaan Mount 10 yang digunakan untuk menyimpan pelbagai dokumen rahsia milik kerajaan, ketenteraan, bank dan lembaga kewangan dari seluruh dunia. Keselamatan bunker ini sangatlah ketat. Hampir di setiap sudut kawasan telah dipasang ratusan kamera CCTV, sensor gerak dan sensor bunyi. Memang agak mustahil untuk menceroboh.Bunker ini juga dilengkapi dengan tentera pengawal siap bersenjata dan pagar besi. Kawalan rapi ini tentunya setiap masa dan tentunya pengawal keselamatan yang bertugas juga beratus-ratus banyaknya. Mengikut sumber, pengawal keselamatan yang diambil hanya golongan elit dan terlatih serta mempunyai kepakaran tertentu. Memang bukan calang-calang orang yang mengawal bunker ini.


9. Florence Prison!

Tempat ini adalah penjara yang sangat ketat bertempat di daerah Colorado Amerika. penjara ini menampung sekitar 400 tahanan. Penjara ini adalah tempat kurungan banduan jenayah yang berat, tidak hairan jika keselamatan penjara ini sangat ketat. Banduan dikurung di dalam 1000 bangunan keluli dengan sensor jarak jauh. Sekitar luar pagar penjara telah dikawal ratusan anjing pemburu yang bersedia mengejar banduan yang cuba melarikan diri. Adakah ia seperti penjara X-Ray?



10. Air Force One!
Air Force one adalah pesawat president Amerika. Pesawat jenis Boeing 747-200B ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti keselamatan luar biasa, bermula dari alat sensor, peralatan komunikasi kedap suara, alat kebal gelombang elektromagnetik, serta sistem keselamatan yang sangat canggih . Pesawat ini boleh mengisi bahan bakar di udara, maka ia dapat terbang selama seminggu penuh. Kelajuannya juga amat memberangsangkan dan dikatakan lagi laju dari kapal terbang biasa. Walaupun tidak seperti jet pejuang, kelajuannya boleh dibanggakan.






0 comments:

Post a Comment