Blogger news

[x]

Thursday, 29 May 2014

On 01:38 by Unknown in    No comments
Ketika berlakunya krisis hubungan cinta antara Uqasha Senrose dengan Pekin Ibrahim, pelakon wanita itu dikatakan berkawan rapat dengan pelakon baharu, Syafiq Kyle.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, apabila dia memberitahu lebih selesa mendekati pelakon tersebut sejak beberapa bulan lalu.

"Ya, saya memang berkawan dengan Syafiq Kyle dan boleh dikatakan dia antara kawan lelaki yang rapat dengan saya ketika ini.

"Saya selesa keluar dengan dia kerana kami boleh berborak-borak dan berkongsi masalah. Kalau ada kelapangan kami juga selalu pergi ke mana-mana majlis bersama termasuklah dengan pelakon Syahrul Ridzwan," katanya kepada mStar Online.
Uqasha diminta mengulas hubungannya dengan pelakon baharu tersebut selepas dia membuat kenyataan mengejutkan iaitu hubungannya dengan Pekin Ibrahim sudah tidak punyai apa-apa lagi.
Uqasha akui mulai rimas dengan pelbagai kenyataan dibuat Pekin mengenai hubungan mereka.
Berberapa minggu lalu Syafiq, 22, yang dikenali menerusi drama berisiri Tanah Kubur,Anugerah Terindah dan terbaharu Oh My English musim ketiga telah memuat naik gambarnya berpegangan tangan dengan Uqasha di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun gambar itu dipadamkan tidak lama kemudian.

Dalam pada itu ditanya kenapa Syafiq memadamkan gambar mereka Uqasha berkata dia tidak pasti kenapa pelakon tersebut berbuat demikian.

"Saya tahu dia muat naik gambar kami dan selepas itu dia buang pula. Entahlah tak tahu kenapa. Mungkin dia takut dengan tekanan yang mungkin diterima," katanya.

Dalam pada itu, Uqasha mengakui dia kini dalam dilema apabila Pekin masih menjaja kisah cinta mereka sedangkan dia tidak mahu bersama pelakon itu lagi.

Perbuatan Pekin itu katanya menyebabkan dia sukar untuk berkawan dengan mana-mana lelaki selain sering dipandang serong apabila ramai yang beranggapan dia adalah tunangan orang.

"Saya sudah cakap dahulu yang Pekin datang ke rumah saya hanya untuk merisik dan bukan datang untuk meminang. Saya kesal dia member kenyataan yang kami bertunang. Itu semua tak betul.

"Perkara itu juga menyusahkan saya bila orang masih anggap saya tunangan orang dan masyarakat akan pandang serong apabila saya keluar dengan kawan lelaki lain," ujarnya.

Sementara itu Uqasha berkata dia cuba menghubungi Pekin untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment