Blogger news

[x]

Monday, 19 May 2014

On 03:00 by Unknown in    1 comment
Kehadiran Tasha Shilla memberi semangat buat Han Chen Wong, kekasih aktres itu untuk meraih kemenangan dalam perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Han, 24, yang merupakan Peninju Muay Thai memberitahu yang dia agak terkejut dengan semangat Tasha yang memberi sokongan semangat di gelanggang sepanjang perlawanan tersebut.
"Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung.

"Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu.
"Sebelum ini Tasha selalu juga ikut sekiranya saya ada apa-apa pertandingan tetapi tidak sebagai 'cornerwoman' tetapi kali ini dia benar-benar memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi," ujar Han dipetik sebagai berkata.

Untuk info, dalam pertandingan anjuran Tune Talk itu, Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan.
"Setiap pusingan akan ada waktu rehat selama lima minit dan peluang itu saya gunakan untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk perlawanan seterusnya.

"Saya sangat gembira dapat beri sokongan kepada dia malah ini adalah satu pengalaman baharu buat saya," demikian pula ujar Tasha yang buat pertama kalinya bertindak sebagai 'cornerwoman'.

Tambahnya, dia dan kekasihnya itu selama ini sentiasa menyokong antara satu sama lain dan Han juga sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan..

1 comment: