Blogger news

[x]

Monday, 5 May 2014

On 20:14 by Unknown in    No comments
Seniman Negara, Datuk Aziz Sattar yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2 pagi tadi, 6 Mei 2014 pada usia 89 tahun. Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kajang kerana diserang sakit jantung. Aziz Sattar menghembuskan nafas yang terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.
Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras sebaik dibenarkan pihak hospital. Pengebumian dijangka akan dijalankan pada pagi ini.

Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis merupakan salah seorang seniman negara yang amat dihormati dan telatahnya bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allayarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapok pastinya tidak akan dapat dilupakan.

Al-Fatihah. Semoga Allayarham ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

0 comments:

Post a Comment