Blogger news

[x]

Friday, 18 July 2014

On 01:00 by Unknown in    No comments

Oleh Raja Faraa. Kredit foto peribadi Wafiey Haskia.

Pemergian salah seorang pramugara yang terlibat dalam nahas MH17 hari ini benar-benar memberi kesan kepada salah seorang bekas pekerja di Astro Radio, Wafiey Haskia. Pramugara MAS, Shaikh Mohd Noor bin Mahmood yang dipanggil Abang Mat Noor oleh bekas jurutera audio ARSB merupakan rakan yang telah dianggap seperti saudara kandung sendiri olehnya. Shaikh yang merupakan anak kepada rakan karib arwah bapanya merupakan seorang mentor buat dirinya dari kecil hingga kini.

“Bila saya balik dari sekolah, orang pertama yang saya cari adalah dia. Setiap kali dia balik dari kelas silat, dia akan suruh saya tumbuk perut dia kuat-kuat. Alasannya, dia kebal dan jika saya selalu tumbuk perutnya, saya juga akan jadi kuat dan kebal! Tapi akhirnya saya tahu itu adalah helahnya semata-mata kerana mahukan saya picit badannya yang letih,” cerita Wafiey mengenai memori indahnya bersama pramugara yang cukup berdedikasi ini.

“Ya Allah, menangis bila cerita ni pada you. He's very protective, I dulu time budak, jangan ada orang usik I. Dia akan selalu ada. I see a lot of my dad in him. Hati dia baik sangat, tolong orang tak kira siapa, time or even akan susahkan dia sendiri…dia tetap akan tolong,” ujar Wafiey mengenai keperibadian murni Shaikh.

“Arwah ada cakap masa insiden MH370, he wished he was on that flight, so that the whole Malaysia akan doakan dia, now his wish granted. Innalillah…,” kata Wafiey sedih apabila teringatkan kata-kata pramugara itu.

Wafiey turut memberitahu dia berasa cukup risau dan tertekan dengan insiden ini kerana isterinya juga merupakan seorang pramugari. Walaubagaimanapun, menurut bapa kepada seorang anak ini, walaupun sedih dengan kejadian yang menimpa, dia tetap redha dengan ketentuan Allah. Apa pun yang menyebabkan nahas MH17 ini berlaku, pasti ada hikmahnya.

0 comments:

Post a Comment