Blogger news

[x]

Wednesday, 9 July 2014

On 00:13 by Unknown in    No comments
KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya akibat virus di Beverly Willshire Medical Centre, Jalan Tun Razak pada jam 12 tengahari semalam.

Suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman berkata Ifa kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan selama tujuh jam semalam.

“Dia (Ifa) kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ifa Raziah dilaporkan terkena jangkitan virus di bahagian payudara sehingga membuatkan payudaranya membengkak dan keras seperti ada ketulan sejak tahun 2011.

Menurut Yani, Ifa kelihatan amat gementar dan takut sebelum pembedahan dilakukan namun ianya terpaksa juga diteruskan selepas dia beberapa kali mengadu sakit.

“Dia memang amat takut untuk menjalani pembedahan ini, saya pun pelik kerana dia sebelum ini adalah seorang yang berani.

“Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar,” jelasnya lagi.

Ifa kini perlu berehat selama sebulan bagi dan terpaksa menolak segala tawaran show di bulan Ramadan bagi mendapatkan rehat yang secukupnya selepas pembedahan itu dilakukan.

murai.com.my

0 comments:

Post a Comment