Blogger news

[x]

Wednesday, 18 June 2014

On 01:15 by Unknown in    No comments
Macam-macam jenis dugaan dan rintangan yang bakal dihadapi apabila mendirikan rumah tangga. Ada yang diuji dengan lambat hamil, ada yang diuji dengan kewujudan orang ketiga dan ada yang diuji dengan fitnah seperti yang dialami oleh pasangan suami isteri Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Apa yang penting ialah kepercayaan terhadap pasangan masing-masing ketika dugaan sebegini hadir menjelma.
Apa yang menariknya ialah Ayu Raudhah telah mengetahui terlebih dahulu mengenai paparan skrin perbualan suaminya dengan seorang wanita sebelum ia menjadi kontroversi di Internet. Kata Ayu:-

Saya yakin dengan beliau (Zaquan) 100 peratus. Ikutkan saya sudah menerima emel menghantar skrin perbualan berkenaan sehari sebelum cerita ini menjadi panas. Awalnya saya malas nak ambil peduli dan tak sangka pula ia menjadi bertambah besar selepas itu.

Masa saya dapat emel berkenaan, saya sudah boleh rasakan ada pihak yang cuba sabotaj rumah tangga kami. Saya sendiri tahu identiti akaun WeChat Zaquan dan ia berbeza seperti apa yang diemelkan. Timbul bermacam-macam pula identiti akaun WeChat yang kononnya di bawah nama Zaquan.

Saya masih bahagia. Yang penting saya dengan suami okey dan tahu perkara sebenar. Ayu sudah mula faham permainan sebegini. Di rumah, Zaquan suami Ayu dan di luar Ayu tahu Zaquan mempunyai ramai peminat.

Memang ada peminat yang menghantar mesej kepadanya bertanya perkembanganbola sepak. Selalu Zaquan akan tunjukkan kepada saya mesej itu. Tak jadi masalah pun dan Ayu faham senario ada peminat yang meminatinya. Saya dalam dunia lakonan pun ada yang meminati saya. Itu normal.
Betul kata-kata Ayu Raudhah itu. Inilah sikap yang harus ada pada setiap pasangan suami isteri. Jangan dengar cakap orang lain, jangan dengar khabar angin dan paling penting, percaya antara satu sama lain. Jangan sembarangan nak mengamuk tak tentu pasal. Kena siasat dan bincang bersama-sama terlebih dahulu. Tak gitu? Kepada yang mendengki itu, hentikanlah saja perbuatan anda. Biarlah Zaquan dan Ayu terus bahagia. Tak perlu nak musnahkan perkahwinan orang lain. Tak boleh ke tumpang gembira tengok orang lain bahagia?

0 comments:

Post a Comment