Sunday, 17 August 2014
~10 Kesalahan Besar Dalam Majlis Adat Perkahwinan Melayu Mengikut Islam~

#IBU BAPA TOLONG JGN MENZALIMI DIRI SENDIRI.
Ini merupakan sedikit sebanyak kemungkaran dan bidaah yang sering dilakukan dalam majlis perkahwinan melayu..
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama, insyaAllah..
Antara 10 kemungkaran dan bidaah dalam majlis kahwin melayu yang sering dilakukan ialah..
1. Membuka Aurat
Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis walimah.
Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka.
Terdapat sebahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan mendedahkan bahagian-bahagian aurat tertentu.
Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.
Sedangkan Allah s.w.t berfirman:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).”
(Surah an-Nuur, 24: 31)
2. Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita
Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)
Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki).
Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki.
(Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedia Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)
Allah s.w.t berfirman:
“…Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.”
(Surah al-Ahzab, 33: 33)
3. Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur,
dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 4886)
4. Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5889)
Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
“Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku).
Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda.
Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir.“
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.”
(Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
5. Mencukur Janggut
Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara janggut.
Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya.
Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, dan di dalam banyak hadith-hadithnya berkenaan janggut ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.
Daripada Ibnu ‘Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5893)
6. Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan
Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam.
Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah:
“Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadith yang melarang lelaki mengenakan cincin emas.”
(al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)
Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian).
Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.
Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan:
“Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syariat.”
(Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)
7. Adat Bersanding dan Pelamin
Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam.
Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian.
Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.
Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah:
“Perbuatan ini (bersanding) adalah TIDAK dibenarkan.
Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan.
Perkaranya adalah jelas.
Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?”
(Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)
Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata:
“Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka.
(Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya,
bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.”
(Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)
8. Menabur Gula-gula, Coklat, dan Bunga
Perbuatan ini tidak terdapat di dalam syariat atau pun majlis walimah sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.
Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.”
(Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
Imam Ibnu Katsir menjelaskan di bawah penafsiran Surah al-Baqarah, [2:104]:
“Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai (syi’ar) orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.”
(Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Judul asal: al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, Selenggaraan Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri), jil. 1, m/s. 364, Pustaka Ibnu Katsir)
Sekiranya amalan tersebut disandarkan kepada agama, maka perbuatan tersebut termasuk meletakkan perbuatan yang tiada asalnya di dalam agama, maka ia adalah bid’ah lagi sesat.
Ini adalah kerana walimatul urus adalah sebuah aturcara agama sebagaimana yang diperintahkan (ditekankan) berdasarkan sunnah yang jelas.
Dari ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama kami ini, maka ianya tertolak.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2697)
Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)
9. Adat Merenjis Air Mawar
Adat ini juga bukan berasal dari Islam.
Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu.
Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.
Na'uzubillah....
10. Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran
Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan.
Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10,000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi.
Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri.
Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita.
Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri.
Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka.
Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan,
atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan,
atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya.
Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bid’ah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam.
Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain),
tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin
dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.
Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)
Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas kahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi,
sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta.
Dan mas kahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu.
Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya.
Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.
Allah s.w.t berfirman:
“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…”
(Surah an-Nisaa’, 4: 4)
“… Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban…”
(Surah an-Nisaa’, 4: 24)
Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami).
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.”
(Hadith Riwayat Ahmad, no. 24595)
Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadith.
Umar al-Khaththab r.a berkata:
“Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah s.a.w.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)
Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah saw dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil.
Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk
cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan Al-Qur’an, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari Al-Qur’an, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya.
– Wallahu a’lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Total Pageviews
Popular Posts
- [DOA] HILANGKAN KESAKITAN KETIKA SEDANG MENGALAMI SAKIT SENGGUGUT, HAID TIDAK TERATUR~[INFO LENGKAP]~
- ~Untuk Wanita: 20 Tips Membuatkan Lelaki Geram Kepada Anda~
- ~[HOT] 4 GADIS MELAYU RATU CANTIK MISS MALAYSIA WORLD 2013 YANG BAGHAL~
- ~Kisah Malam Pertama Sepasang Pengantin Remaja Yang Soleh Dan Solehah!!~ TerBEST..
- [VIDEO]~BERSAMA KETIKA HAMIL BAHAYA..?? ~SUAMI ISTERI~ TLG aMBIL tAHU..INFO PADAT
- SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU [40 FOTO]
- ~SENARAI HOTEL BERHANTU DI MALAYSIA~
- 19 Koleksi Gambar Panas Artis Popular (19 GAMBAR)
Recent Posts
Categories
Info Adam
Info Artis
Info Cool
Info Dunia
Info Fakta
Info Gila
Info Hawa
Info Jenayah
Info Keagamaan
Info Kesihatan
Info Lawak
Info Luar Negara
Info Lucu
Info Negara
Info Ngeri
Info Panas
Info Pasangan
Info Pelik
Info Petua
Info Politik
Info Resepi
Info Sedih
Info Semasa
Info Seram
Info Setempat
Info Suami Isteri
Info Sukan
MH 17
MH 370
Seram
World Cup 2014
Blog Archive
-
▼
2014
(2448)
-
▼
August
(824)
- CARTA TOP 10 MODEL WANITA TERKAYA DUNIA 2014
- Ini Betul-Betul Lawak>>>10 KELEBIHAN MENJADI LELAK...
- RomanCinta- Artis Malaysia Paling Brani Berpakaian...
- GEMPAR!!! AZWAN ALI MEMBALAS KRITIKAN PEDAS KEPADA...
- 6 Gambar NGERI!!! Punca Sebenar Gadis Cantik Ditet...
- [FOTO][HOT]~Rupa-rupa Ada Bukti Bergambar Yang Leb...
- 10FOTO~ARTIS EINA AZMAN TERIMA WANG HANTARAN RM77,...
- [SEDIH]- DI SEBALIK TRAGEDI MH370 & MH17 , ADA SUA...
- ~10 ADENGAN TAK LOGIK DAN LAWAK DALAM DRAMA TEMPAT...
- [WOW] TENTANG HATI..?? AARON AZIZ & ANZALNA..??
- [SERIUS]~ 20 TANDA2 LELAKI DICINTAI JIN BETINA~AMB...
- [FOTO]~DEMI SAMSUNG NOTE 3, REMAJA ROSAK SANGGUP T...
- [28 FOTO]~ AKSI TAK SENONOH DI TANDAS WANITA~
- [VIDEO] IKAN KERAPU TELAN JERUNG 4KAKI SEKALI NGAA...
- MABUK BAWA PADAH!!!!!
- [FOTO BUKTI]~NGERI~PERAGUT TERBANG UNTUK MERAGUT W...
- [TERNOW]~LUAHAN SEDIH ~SELAMA INI ALLAH BANYAK BER...
- ~ RAHSIA ~ PETUA WAJAH COMEYY MACAM KAK TON ~ MUDA...
- BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas...
- ~[FOTO]BUKTI~RAHSIA MISTERI BINAAN PIRAMID TELAH T...
- ~FOTO~ SERAM.. AMBIL GAMBAR TANPA SEDAR KEWUJUDAN ...
- [FOTO BUKTI] ~SAYALAH PEMILIK NO PLAT MH370..?~
- ~[FOTO]~ SEDIHNYA.. MUKA BAYI BENGKAK AKIBAT SERAN...
- [FOTO]~SEDIH- BURUK KENA KUTUK, BILA DAH CANTIK KE...
- [GEMPAR]-FOTO MAKHLUK HALUS YANG SENTIASA BERADA D...
- ~5 GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT~ PERLU TAHU..! ILMU
- [VIDEO]SERAM.!! Wanita Terkejut Mayat Hidup Lambai...
- INFO ISLAM- Hukum.Mengeluarkan Mani di luar Rahim
- ~CARA BELASAH ANAK DENGAN BETOL~ PERLU TAHU..!!
- [FOTO]GEMPAR ~Hantu Jalanraya Yang Paling Ditakuti...
- [FOTO]~ Remaja Dipaksa Makan Itik Hidup Kerana Men...
- ~IBU TERSILAP BILIK TIDUR JADI MANGSA ANAK SENDIRI...
- [FOTO]~KANAK-KANAK 2 TAHUN LAHIR BERSAMA ULAR SAWA...
- INILAH PENGAWAL KESELAMATAN PALING KACAK DI BRAZIL
- KISAH MAYAT KANAK-KANAK MASIH SEMPURNA BERUSIA HAM...
- KISAH WANITA YANG DIBENCI KERANA HODOH TAPI TEMAN ...
- PADAH!!!GAMBAR BOGEL GURU WANITA TERSEBAR SELEPAS ...
- PELAJAR NAKAL DI CHINA SUKA MENGAMBIL GAMBAR GURU ...
- MISS KANADA INI TERNYATA ADALAH SEORANG LELAKI???
- BAYI HIDUP SEMULA KETIKA MAJLIS PENGEBUMIAN???
- Itik Oh Itik!!!! Pencuri Disumbat Mulut Dengan Ban...
- Tahukah Anda!!! Selfie Sebenarnya Telah Wujud Seja...
- TERKINI- Pengedar Dadah Siap Bawa Sub Mesingan Dib...
- PEMBALASAN!!! PENGACARA TOP DI AMERIKA JATUH KOMA ...
- Ayda Jebat Nafikan Jadi Punca Zul Ariffin Renggang...
- [FOTO]~KISAH HOSPITAL2 PALING SERAM DI DUNIA~
- Awek ‘Mulut Puaka’ Hina Mangsa Nahas MH17 Di Faceb...
- ARTIS - Detik-Detik Cemas Artis Malaysia Ketika Di...
- [5 FOTO]~Pesawat Singapore Airlines Selepas Hilang...
- Pohon Yang Menaungi Rasulullah SAW Masih Hidup Segar
- PARAH..!!.BIAR PUN SUDAH TERSEPIT TETAP JUGA DI PE...
- ~22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir~RUGI TAK TAHU...
- PELIK>> WANITA SECARA SPONTAN MEMBUKA BRA YANG DI ...
- Eksklusif! VIDEO Menyentuh Hati Luahan Banduan Wan...
- VIDEO~IMAM KENA PRANK GEMPA BUMI.LIHAT BETAPA TING...
- NAK SEWA JADI ISTERI PUN BOLEH!!! ALAMAK???
- [FOTO BUKTI]~Boleh Main Sepuasnya Dengan Saya Kala...
- INILAH GAMBAR SELEBRITI HOLLYWOOD YANG KANTOI MELI...
- PELIK!!! Aksi Gila Para Lelaki Mengambil Kesempata...
- ALAT UNTUK MENGUNCI KEMALUAN LELAKI ELAK DARI MELA...
- BENARKAH WANITA CANTIK ITU LEBIH EGO...?
- INFOMASI- BENARKAH APABILA SUKA MELIHAT PAYUDARA W...
- KAMPUNG YANG DI HUNI OLEH KAUM WANITA SAHAJA RAYU ...
- [FOTO]~Gaya Panas Leez AF YG hOTZ Untuk MEnarik Pe...
- ~[KISAH BENAR] -PENGALAMAN BERMALAM DI HOTEL IPOH ...
- ~SENARAI HOTEL BERHANTU DI MALAYSIA~
- ~Gempar Kisah Pontianak Di Atas Rumah Di Kulim Kedah~
- [KISAH BENAR]~3 Setan Setubuh Kanak-Kanak Umur 8 T...
- FOTO~PEMUZIK BERCINTA DENGAN BUDAK 16 TAHUN..??~
- [KISAH BENAR]~Pengkid Bakar Rumah Kekasih Kerana K...
- ~[FOTO] Rita Rudaini Sedih Kerana Isteri Aidil Pis...
- [FOTO]~Sampai Hati Mereka Cungkil Mata Kanak-Kanak...
- ~5 Petua Mudah Putihkan Kulit Dgn Mudah~ Jangan Ta...
- ~[FOTO] Budak Tergemuk Dunia Makan 14 Kilo Nasi~
- ~[VIDEO NGERI] ~KEPALA HAMPIR PECAH AKIBAT FLIP DI...
- ~[VIDEO NGERI] -PONDAN KENA LANGGAR DENGAN LORI MA...
- INGIN TAHU SUASANA KOTA IBLIS DI CHINA ??
- GADIS CANTIK INI LEBIH GENIUS DARI BILL GATES???
- KISAH MISTERI DI PULAU TIOMAN YANG RAMAI TAK TAHU!!!
- [FOTO]~Rebecca Nur Islam Ambil 5 Adik Beradik Anak...
- BINGKISAN PAGI, PAPA....
- KISAH PENGALAMAN DR. HARON DIN MASUK DALAM KAABAH
- DAHULU DIALAH MAFIA PENGEDARAN DADAH EROPAH, AKHIR...
- 8 GAMBAR CIUMAN PALING TERKENAL SEPANJANG ZAMAN
- ~Kisah Benar:Lelaki Belikan Daging B*** Untuk Ibu ...
- SO BIG!!!!!... Inilah Jenis-Jenis Ular Terbesar Ya...
- ~ERMA FATIMAH MASIH ISTERI SAYA - BADE HJ AZMI~
- MAYAT SALAI JADI PELINDUNG DI PAPUA NEW GUINEA
- PENDUDUK MISKIN DAN MAYAT TERPAKSA BERKONGSI TEMPA...
- MISTERI KUBUR WANITA HAMIL MATI DIBUNUH
- RUMAH PUSAKA DI BAKAR HANYA KERANA TELEFON TIDAK D...
- [TERNOW]~KISAH SEBENAR KENAPA RAMLI MS MERAHSIAKAN...
- TAHNIAH~SIAPA YANG BERJAYA MENAMBAT HATI FARHAN AF...
- TERNOW~NYAWA SHAH RUKH KHAN DI TANGAN MAFIA DI INDIA~
- PANAS [VIDEO]~Peminat Kecewa TV3suku Tidak Hormati...
- ~[Video] Aksi Melampau Jururawat...~
- TERNOW~PAKAR BEDAH GILA SEKS DIHANTAR PULANG KE MA...
- ~6000 LAGI KAKITANGAN MAS DI BERHENTIKAN AKIBAT 2 ...
- Tanggal tudung untuk berfoya di kelab malam
- MENGERIKAN..!!.DI RUSIA ADA KILANG MEMPROSES BAHAG...
-
▼
August
(824)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment